Panasnya Hari Ini

Ibrahim Ali Saran Orang Melayu Kecewa Masuk PERKASA

KUALA LUMPUR: Orang Melayu dan Islam yang kecewa dan tidak menyertai mana-mana parti politik disarankan agar menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), PERKASA.

Saranan itu dibuat oleh Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali ketika merasmikan Persidangan Khas Tahunan 2015 Perkasa Parlimen Kuala Kangsar.

Katanya lagi, PERKASA boleh dijadikan sebagai tempat untuk mereka mencari ketenangan selain bekerjasama bagi memartabat serta memperkukuhkan agama, bangsa dan negara.

“Selepas 58 tahun merdeka, orang Melayu sudah hilang kepercayaan kepada UMNO dan PAS. Nasib orang Melayu Islam semakin terumbang ambing dan tidak menentu manakal perpecahan makin parah.

“UMNO menghadapi krisis kepimpinan yang amat parah sehingga Timbalan Presidennya dipecat daripada jawatan Timbalan perdana Menteri manakala PAS pula menghadapi dilemma yang sama dengan kewujudan Islam ulama dan ada Islam progresif,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Ujarnya lagi, krisis kepimpinan yang berlaku akan memberi kesan buruk kepada orang Melayu dan Bumiputera pada masa akan datang selain daripada ianya memalukan orang Melayu dan umat Islam.

Ibrahim turut menyarankan agar ahli-ahli pertubuhan itu sentiasa berani dan tidak gentar untuk mempertahankan asas Perlembagaan Negara.

“Bangsa Melayu sudah banyak bertolak ansur dan jangan cuba nak pihak kepala bangsa yang mewarisi zuriat Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahamn, Datuk Sagor, Rosli Dobi dan ramai lagi.

“Mutakhir ini, sudah ada beberapa kerat orang Melayu yang berpelajaran tapi tidak cerdik menyertai DAP, termasuk anak-anak Melayu muda,”ujarnya.

Katanya lagi, perkara tersebut berlaku kerana orang Melayu sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap pemimpin melayu yang sering dilihat korup dan hipokrit.

Justeru, beliau turut merayu agar orang Melayu tidak memandang ringan terhadap krisis politik yang berlaku kerana ianya akan merugikan bangsa Melayu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");