Jenayah

Ibu tunggal hilang tempat tinggal

MARAN: Ibu tunggal bersama lima anak hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka di Kampung Jara dekat sini hangus terbakar dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, kelmarin.

Ketika kejadian, mangsa, Norhafifa Mahad, 48, keluar ke kebun sementara lima anaknya berniaga sayur di Pasar Malam Jengka 19.

Anak mangsa, Nur Saadah Idris, 19, berkata, seperti kebiasaan menjadi rutin mereka berniaga sayur di pasar malam itu sejak kecil lagi sebagai sumber pendapatan keluarga.

Menurutnya, seorang peniaga di pasar sama yang juga jiran sekampung memaklumkan kejadian tersebut sebelum mereka bergegas pulang.

“Kami sampai rumah dalam jam 8.10 malam, masa tu rumah dah hangus terbakar. Tak sempat nak selamatkan apa-apa.

“Kata jiran saya, rumah dah hangus terbakar masa dia perasan, memang tak dapat buat apa.

“Rumah ni rumah bantuan PPRT yang kami terima 12 tahun lalu. Ayah dah meninggal dunia dua tahun lepas sebab kanser hati,” katanya.

Nur Saadah berkata, mereka enam beranak kini menumpang teduh di garaj kereta di hadapan rumah dan turut menerima pelbagai bantuan barang keperluan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Adun Kuala Sentul, pemimpin setempat dan agensi kerajaan.

Menurutnya, tiga adik yang masih bersekolah tidak dapat hadir ke sekolah kerana semua kelengkapan terbakar.

“Kami terima dugaan ini dan bersyukur kami semua selamat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");