Panasnya Hari Ini

Isu 1MDB: Sukar Untuk Buktikan Tuduhan Berasas -Tun M

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahatir Mohamed menyifatkan tiada sebarang tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berikutan dakwaan-dakwaan tersebut tidak dapat dibuktikan.

Menerusi catatanya di blog milik beliau chedet, jelasnya tindakan Najib dikesan apabila siasatan berhubung kehilangan berbilion Ringgit yang dilaburkan oleh 1MDB dan kemunculan 2.6 bilion dalam akaun Najib,  namun tindakan-tindakannya ini membuktikan bahawa terdapat isi dalam dakwaan yang dibuat terhadap beliau.

Beliau turut menyenaraikan beberapa insiden yang berlaku sepanjang proses siasatan terhadap 1MDB dijalankan termasuk perpindahan dua pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tindakan polis menyoalsiasat tujuh pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

“Semua agensi-agensi dan institusi-institusi ini berada di tengah-tengah siasatan mereka apabila PM menyerang.

“Pertamanya beliau memecat Peguam Negara dan dilantik seorang orangnya bagi jawatan itu. Kemudian dia dengan cara literal telah membubarkan Jawatankuasa Kira-kira Awam dengan melantik Pengerusi dan tiga orang anggota lain sebagai Timbalan Menteri dan jawatan lain.

” Ahli-ahli SPRM yang berterusan menyiasat kes itu telah diganggu oleh pihak polis yang menuduh mereka bocor rahsia. Dua dipindahkan ke Pejabat Perdana Menteri,” katanya.

Ujarnya lagi, khabar angin bertiup kencang bahawa Gabenor Bank Negara sedang disiasat kerana rasuah walaupun ia tetap kekal sebagai Gabenor, kakitangan Bank Negara telah diganggu dan dituduh membocorkan maklumat kepada akhbar.

“The Edge, akhbar yang telah mendedahkan skandal 1MDB itu ditutup. Pemilik akhbar The Malaysian Reserve disuruh menjualnya kembali kepada pemilik sebelumnya.

“Najib juga memecat timbalan perdana menteri dan salah satu daripada menteri-menteri yang lantang dalam mempersoalkan rekod kewangan 1MDB dan RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun bank peribadi Najib,” katanya.

Ujar Mahathir lagi, berikutan insiden berkenaan kesemua dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau tidak mampu untuk dibuktikan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");