Panasnya Hari Ini

Isu Air Selangor : PAS Kecewa Dengan Kenyataan Azmin

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Kenyataan oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali untuk mengkaji semula pemberian air percuma terhadap rakyat negeri itu ternyata tidak dipersetujui oleh PAS.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, PAS ternyata kecewa dengan kenyataan Azmin yang dikatakan juga telah mencermarkan integriti rakyat dan sekaligus bertentangan dengan laporan Malaysia Water Industri Guide yang merekodkan penurunan penggunaan air selepas pelaksanaan air percuma dilaksanakan.

Khairuddin berkata, laporan tersebut telah menyatakan bahawa penggunaan purata air bagi setiap isi rumah menurun setiap tahun iaitu 2008 (35 meter padu), 2008 (34.8 meter padu), 2009 (34.5 meter padu), 2010 (34 meter padu) dan 2011 (32.8 meter padu).

“Sekiranya dibatalkan juga, ia membelakangkan semangan pakatan pembangkang yang mahu memberikan khidmat yang berkebajikan kepada rakyat menjelang PRU13 lalu dan tidak mustahil akan memberi kesan pada PRU akan datang.

“Semestinya amanah yang diserahkan oleh rakyat kepada Kerajaan Negeri Selangor ini ditunaikan secara berhemah dan berhikmah agar tidak berlaku ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Bagaimanapun, beliau memuji kerajaan Selangor yang diterajui oleh Azmin yang menyaksikan kesungguhan Azmin menyelesaikan penstrukturan semula industri air untuk membolehkan kerajaan negeri mengambil ali pembekalan air daripada syarikat konsesi.

Jelasnya, industri perkhidmatan air di negeri itu tidak wajar lagi diuruskan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) kerana syarikat itu telah gagal menurunkan ‘Non-Revenue Water (NRW)’ ke para 19.98 peratus pada 2012 dengan perbelanjaan CAPEX, RM784.1 juta.

Tambah beliau lagi, walaupun SYABAS telah berbelanja sebanyak RM1,169.64 juta pada 2012, tetapi NRW hanya turun ke paras 33 peratus daripada 42 peratus pada tahun 2004.

“Walaupun gagal menepati Perjanjian Konsesi, SYABAS tetap menuntut kenaikan tariff air sebanyak 37 peratus pada (2009), 25 peratus (2012) dam 20 peratus pada tahun ini,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");