Panasnya Hari Ini

Isu DEIG: KJ Sifatkan Pembangkang Tak Telus

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan tindakan PKR yang dikatakannya tidak bersikap telus berhubung Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang ditubuhkan bagi mengambil alih peranan Menteri Besar Incorporated (MBI) dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu.

Memetik sumber daripada Mstar, Khairy menyifatkan juga pembangkang hanya bijak menuding jari dan melemparkan tuduhan kepada kerajaan Persekutuan yang didakwa mereka tidak telus dan cuba menyembunyikan perkara sebenar terutama berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Nampak seolah-olah ada ‘udang di sebalik batu’ sebab dia (Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali) hanya buat penjelasan apabila pendedahan dibuat.

“Kalau pendedahan tak dibuat dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor saya tak tahu beliau akan jelaskan ataupun tidak.

“Bagi kita (isu) 1MDB kita jelas. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata kita boleh siasat… siapa-siapa pun boleh siasat. Kita hantar kepada Parlimen, kita hantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Kita telus sebab tidak ada apa-apa yang nak disembunyikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program #fitmalaysia Kelantan di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Kelantan di Panji hari ini.

Terdahulu, beberapa anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan kebimbangan mereka terhadap ketelusan penubuhan DEIG yang dikatakan akan mengambil alih peranan MBI dalam menguruskan pelaburan anak-anak syarikat kelolaan pemerbadanan tersebut.

Jelas Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali, penubuhan DEIG membantu bagi mengurangkan impak serta risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri manakala MBI pula akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan rakyat Selangor dan tanggungjawab sosial korporat, katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");