Panasnya Hari Ini

Isu Najib, 1MDB Akan Tertutup – Rafizi

KUALA LUMPUR: Isu pemindahan wang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan ditutup begitu sahaja.

Begitu dakwaan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata demikian kerana Perdana Menteri dan ‘orang-orangnya’ akan mencipta cerita bagi memperlihatkan seolah-olah tiada apa-apa isu yang dikaitkan dengan beliau.

“Isu yang dibawa kebelakangan ini berkaitan pembiayaan parti politik hanyalah untuk mempersiapkan orang ramai dengan skrip yang disediakan, iaitu siasatan berkenaan 1MDB dan dana di dalam akaun peribadi Najib mendapati tiada unsur rasuah dan kes ini ditutup begitu sahaja,”katanya, memetik laporan Malaysian Insider.

Rafizi turut berkata, isu pembiayaan politik yang digunakan oleh Najib merupakan satu usaha terancang untuk mengalihkan fokus rakyat daripada 1MDB.

“Sejak beberapa hari lepas, ada cubaan yang tersusun oleh pimpinan UMNO untuk membawa isu baru iaitu pembiayaan parti-parti politik.

“Perkara ini mula-mula disebut Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan disambut sendiri Najib,”ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri telah mencabar pihak pembangkang untuk mendedahkan sumber dana parti itu jika mahu UMNO mendedahkan sumber kewangannya.

Tegas Rafizi lagi, cabaran yang dilontarkan oleh Najib hanya sekadar satu helah UMNO untuk menutup mulut dan persoalan-persoalan mengenai 1MDB.

“Ke manakah wang RM4 billion yang dipinjam oleh 1MDB dan benarkah wang itu diambil oleh individu yang rapat dengan Perdana Menteri seperti Jho Low?

“Kenapakah RM2.6 billion yang sebahagiannya dituduh turut datangnya daripada dana 1MDB masuk ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri?”soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");