Panasnya Hari Ini

Isu RM2.6 Bilion Najib Akan Dipanggil- SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memberi penjelasan berkenaan sumbangan derma yang diterima olehnya berjumlah 2.6 billion.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday, SPRM dalam kenyataan media berkata, pihaknya telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma tersebut yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan itu juga telah mengesahkan sumbangan derma berkenaan.

“SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada Perdana Menteri. SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank.

“Didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun pihak SPRM tidak boleh mendedahkan identiti individu yang betindak mendermakan dana RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri atas dasar keselamatan.

Pada 3 Ogos lalu, SPRM menerusi kenyataan media yang dikeluarkan mengesahkan terdapat kemasukkan RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri tetapi bukan daripada 1MDB sebaliknya daripada sumbangam derma.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");