Panasnya Hari Ini

Jangan Ganggu Pasukan Petugas Khas 1MDB – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini tidak perlu diganggu supaya siasatan dapat dilakukan secara telus.

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peringatan itu diberikan supaya semua pihak berkuasa yang terlibat dalam menjalankan siasatan itu menghormati antara satu sama lain.

Pasukan Petugas Khas itu dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga Peguam Negara.

“SPRM marah kerana digeledah, dan polis pula kata itu sebab nak cari maklumat kononnya ada kebocoran.

“Antara agensi kena hormat, jumpa bos sama bos. Bincang cara tertib dan jangan timbul kemarahan. Ini SPRM sampai kecewa dengan polis,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu lagi, amaran turut diberikan supaya tiada mana-mana bihak yang bertindak mengganggu Pasukan Petugas Khas itu dalam menjalankan siasatan.

Kata Muhyiddin lagi, rakyat akan tetap menunggu untuk mengetahui keputusan hasil siasatan tersebut .

“Kita mahu tahu apa keputusannya, sama ada baik atau buruk.

“Apabila bicara 1MDB, kita mahu tahu apa dia kebenarannya,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");