Panasnya Hari Ini

Jangan Jadi Kipas Kepada Pemimpin – UMNO Pagoh

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed memberi amaran bahawa tidak mustahil orang Melayu akan bertindak di luar batasan sekiranya tiada sebarang perubahan dilakukan di dalam UMNO.

“Jangan jadi kipas kepada pemimpin kerana jawatan yang anda ada sekarang tak lama, dan tak dibawa mati.

“Perjuangan kita yang utama adalah membela Melayu,”tegasnya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor turut berkata, segala tindakan dan kewibawaan pimpinan UMNO telah membuatkan ahli parti di peringkat akar umbi semakin marah.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata, ahli UMNO kini merasakan parti itu semakin terumbang-ambing.

Katanya lagi, keadaan UMNO semakin membimbangkan apabila Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.

“Tak mahu Negara dirosakkan dan pendedahan beberapa isu terhadap kepimpinan Negara akan runtuhkan parti UMNO.

“Kita tak mahu hanya dengan tangan seorang, parti UMNO runtuh,”katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa UMNO perlu menyedari bahawa semakin ramai ahli yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan sekarang dan ianya boleh dilihat melalui laman sosial.

“Lihat Twitter, semakin banyak yang tak puas hati.

“Ini semua petunjuk yang semakin ramai tidak menyokong kita lagi,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");