Panasnya Hari Ini

‘Jangan Percaya Berita Palsu, RM tak laku di Tanah Suci’ : Azeez

KUALA LUMPUR: Jemaah haji Malaysia dinasihati supaya tidak mempercayai khabar angin yang mendakwa bahawa Ringgit Malaysia (RM) tidak boleh ditukar di Tanah Suci.

Memetik sumber daripada Therakyatpost, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, jemaah haji tidak perlu panik dengan laporan palsu yang tersebar dalam laman sosial.

“Maklumat yang terdapat dalam media sosial menyatakan duit kita tak boleh ditukar, tak boleh diguna pakai, itu satu perkara palsu.

“Saya telah berhubung dengan Pengarah Operasi Tabung Haji awal pagi tadi (yang berada di tanah suci) dan beliau menyatakan tiada masalah mengenai perkara itu.

“Duit kita, walaupun duit kecil RM10, RM5, dia orang pun ada (untuk ditukar),” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga jemaah haji Allahyarhamah Zaleha Yasin di Kota Gelanggi 4, hari ini.

Beliau turut menyangkal dakwaan mengenai kejatuhan nilai ringgit telah menyebabkan pengurup wang di Makkah, Jeddah dan Madinah enggan menerima mata wang Malaysia.

“Jangan sebar perkara tidak betul, saya faham kadang kala mereka nak kongsi informasi yang diterima melalui telefon bimbit, tapi sekiranya tidak sahih, jangan kongsi,” katanya.

Beliau turut menasihati para Jemaah haji untuk tidak membawa duit yang banyak, sebaliknya menyimpan dalam akaun Tabung Haji masing-masing, kerana ia lebih terjamin.

Tambahnya lagi, setiap jemaah haji boleh mengeluarkan simpanan sehingga RM10,000 sehari, menerusi kaunter yang disediakan Tabung Haji di maktab penginapan masing-masing.

Azeez turut memaklumkan bahawa pergerakan jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");