Berita Hari Ini

Jarak penglihatan rendah ekoran jerebu di perairan Malaysia hingga esok

KUALA LUMPUR: Jarak penglihatan kurang daripada lima kilometer di sekitar perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan barat Johor dijangka berterusan hingga esok (30 Ogos).

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini menyatakan keadaan sama turut berlaku di Selat Melaka dan Sarawak (Kuching serta Rejang) dan keadaan itu berbahaya kepada kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran.

Selain itu, ribut petir di perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak (Bintulu dan Miri), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dijangka berterusan hingga lewat pagi, hari ini.

Mengikut kenyataan itu, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak setinggi hingga 3.5 meter (11 kaki).

Selain itu, kawasan perairan Selat Melaka Selatan, Bunguran, Reef South dan Labuan akan turut mengalami ribut petir berkeadaan yang sama hingga lewat pagi ini dan keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");