Perak Hari Ini

Jatuh Kerajaan, Hilang Melayu

PASIR SALAK: Semua pemimpin dan ahli UMNO perlu bersatu padu untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan pada masa ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, usaha daripada semua pihak perlu digembleng bagi mencari kaedah untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Tegasnya, ia perlu dilakukan kerana jika kerajaan pada masa ini jatuh, maka nasib orang Melayu tidak lagi boleh dibela.

PERAK TODAY 4

“Maknanya kalau BN kalah, iaitu kerajaan yang diterajui oleh UMNO dan BN pada masa ini, habislah kuasa orang Melayu kerana yang akan menang adalah parti politik yang dikuasai oleh DAP.

“Kalau DAP telah berkuasa dengan dasar-dasar perkauman yang tidak mengiktiraf Melayu sebagai bumiputera, mereka akan merombak segala-galanya dalam negara ini

“Yang mana dengan kuasa yang mereka miliki, orang Melayu akan dipinggirkan malah mungkin akan disingkirkan,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Pasir Salak, pada Ahad.

Tajuddin berkata, walaupun PKR, Pas itu mungkin sebahagian daripada kerajaan baru nanti, tapi yang mendominasinya adalah DAP.

PERAK TODAY 5

“Jadi orang UMNO perlu sedar akan cabaran dan kemungkinan ini supaya bersiap sedia serta bersatu padu mengukuhkan perpaduan meyakinkan rakyat terutamanya orang Melayu supaya jangan leka dan alpa,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata pemimpin dan ahli-ahli UMNO perlu sedar mengenai cabaran sebenar yang dihadapi oleh parti yang mana terdapat pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan.

“Salah satunya adalah BERSIH yang mana ianya bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan bukannya menuntut kebersihan.

“Banyak yang dipertikaikan yang mana semua pertikaian tersebut berdasarkan maklumat yang dikutip di laman media yang belum tentu kesahihannya,” tegasnya.

Ujarnya, ia mengundang kepada kepelbagaian andaian negatif kepada pihak kerajaan.

“Ini menyebabkan kehilangan keyakinan terhadap kerajaan yang memerintah.

“Jadi sekarang ini, apa yang perlu dilakukan adalah bagaimana untuk membetulkan kefahaman rakyat dan mengembalikan keyakinan mereka,” ujarnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");