Perak Hari Ini

JMG, DMR Jalin Kerjasama Dalam Bidang Mineral, Geosains

TAIPING: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Jabatan Sumber Mineral Thailand (DMR) telah bekerjasama untuk berkongsi maklumat yang terdapat di kedua-dua buah negara untuk kebaikan bersama.

Ketua Pengarah JMG, Datuk Yusuf Abdul Razak berkata, kerjasama tersebut telah dibentuk sejak 18 tahun lalu.

“Dulu, kita ada masalah keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand, dan kita tak boleh mencari maklumat di kawasaan tersebut.

“Jadi, Malaysia dan Thailand telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk kita lihat peluang-peluang dan maklumat yang ada di kedua-dua sempadan dan gabungkan maklumat tersebut,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penyiasatan Geologi Bersama Sempadan Malaysia-Thailand Ke-12, di sini, hari ini.

PERAK TODAY 1

Tambahnya lagi, antara objektif kerjasama kedua-dua jabatan berkenaan adalah bagi memupuk kerjasama dalam bidang mineral serta geosains antara JMG dan DMR.

 

“Selain itu, ianya bertujuan untuk menggalakkan penggunaan maklumat mineral dan geosains bagi pembangunan ekonomi serta kesejahteraan rakyat terutama di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

“Ia juga untuk bertukar-tukar maklumat serta menjalankan projek-projek bersama dalam bidang mineral dan geosains yang menarik minat kedua-dua negara,” ujarnya.

 

Tambahnya lagi, projek kerjasama antara JMG dengan DMR bermula sejak tahun 2000 dan sehingga kini, sebanyak enam lokasi telah dipetakan dari segi geologi, stratigrafi dan juga mineral.

“Antaranya kita juga telah menjumpai beberapa kawasan yang belum pernah ditemukan seperti kawasan air terjun yang mengandungi mineral-mineral kaya yang pernah dijumpai di Thailand, tetapi belum pernah dijumpai di Malaysia.

“Selain itu, satu lagi aspek ialah dari segi geo warisan dimana dalam masa kita buat mapping, kita tengok kawasan-kawasan yang cantik supaya ianya boleh dinaikkan dalam ekopelancongan di Negara kita,” ujarnya.

Yusuf turut berkata, kedua-dua Negara telah mendapat peruntukkan dari kerajaan masing0masing untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut.

“Semua hasil yang kita dapat setiap tahun, kita akan laporkan semula dalam satu jawatankuasa yang kita panggil ‘Meeting of the Joint Malaysia-Thailand Commission’. Ianya dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia dan Thailand,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");