Sukan Hari Ini

Kafa akan buat rayuan

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu bayaran pampasan kepada bekas jurulatihnya, Steve Darby.

Setiausaha Agungnya, Datuk Ismail Md Noor berkata, rayuan itu akan dikemukakan dalam tempoh 14 hari sebaik sahaja Kafa menerima surat badan induk bola sepak kebangsaan itu.

“Setakat ini Kafa masih belum menerima surat berkenaan, jika ada kita akan terus mengemukakan rayuan kepada mereka. Saya sedar isu ini cukup serius tetapi kita akan berusaha untuk menanganinya.

“Jadi, Kafa berharap pihak Jawatankuasa Rayuan FAM dapat buat pertimbangan sewajarnya berhubung rayuan yang akan dikemukakan kita nanti,” katanya.

Sinar Harian melaporkan pada Jumaat lalu, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa membayangkan untuk membawa Kelantan keluar daripada menjadi ahli gabungan FAM setelah tidak berpuas hati dengan kebajikan persatuannya yang tidak mendapat perhatian badan induk bola sepak kebangsaan itu.

Ia berikutan keputusan Jawatankuasa Status FAM pada 28 Julai lalu, mengarahkan Kafa membayar tunggakan gaji Darby berjumlah RM636,000 yang dikatakan bermula April 2014 hingga November tahun ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");