Perak Hari Ini

Kayuhan Merdeka MBI 2015, Berlangsung 30 Ogos Ini

IPOH: Satu kayuhan sempena bulan kemerdekaan akan diadakan pada 30 Ogos ini sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-58 bertempat di Dataran Bandaraya Ipoh.

Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh 2015 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perak bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama daripada beberapa agensi antaranya Tourism Malaysia, Tourism Perak, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan RELA.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut dijangka akan berangkat ke program tersebut.

Ia melibatkan jarak sepanjang 12 kilometer yang akan melalui beberapa kawasan di Ipoh iaitu bermula dan berakhir di hadapan wisma MBI.

Antara jalan yang akan dilalui oleh peserta adalah Jalan Sultan Abdul Jalil, Jalan Raja Di Hilir, Jalan Brash, Jalan Golf Club, Jalan Sultan Iskandar Shah, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Jalan S.P. Seenivasagam dan Jalan Sultan Idris Shah.

Peserta yang ingin menyertai Kayuhan Merdeka bersama-sama dengan Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM40.

Tarikh tutup bagi menyertai Kayuhan Merdeka tersebut adalah pada 26 Ogos 2015.

Turut diadakan pada malam kayuhan tersebut ialah cabutan bertuah.

Orang ramai yang inginkan maklumat  lanjut berkenaan Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh 2015 ini boleh menghubungi urusetia di talian 05 – 242 2743 atau hubungi pihak pendaftaran di talian 05- 208 3308.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");