Berita Hari Ini

Keputusan tangguh gantung permit The Edge, Jumaat

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini menetapkan Jumaat ini keputusan permohonan The Edge Communications Sdn. Bhd. untuk menangguhkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang menggantung permit penerbitan dua akhbar mereka selama tiga bulan.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Asmabi Mohamad di kamar hakim hari ini selepas mendengar hujahan Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke Yee Ching mewakili Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Menteri Dalam Negeri dan peguam, Darryl Goon mewakili The Edge Communications selaku pihak pemohon.

Syarikat penerbitan itu memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 27 Julai lalu untuk mendapatkan kebenaran supaya mahkamah menolak atau membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang terkandung dalam surat bertarikh 23 Julai lalu.

Permit kedua-dua akhbar itu, The Edge dan The Edge Financial Daily digantung ekoran menyiarkan laporan mengenai isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

-Utusan Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");