Jenayah

Kereta dilarikan dua lelaki dikesan

TAIPING – Polis berjaya mengesan kereta milik mangsa yang dilaporkan dilarikan dua lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian samun di Taman Simpang Aman, 27 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, kereta milik suami mangsa iaitu jenis Hyundai Sonata berwarna putih dilaporkan telah dilarikan dua lelaki.

“Kita menerima maklumat orang awam pada hari berikutnya tentang penemuan sebuah kereta di kawasan tanah perkuburan Cina Hokkien, Pokok Assam kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Kereta milik mangsa yang telah ditinggalkan di kawasan terbabit dalam keadaan terkunci,” katanya.

Terdahulu, mangsa yang juga seorang suri rumah dalam perjalanan menghantar dua anaknya ke sekolah dihampiri dua lelaki meminta wang.

Setelah diberikan, suspek dipercayai meminta lagi dan apabila tidak diberikan seorang lagi suspek bertindak mengacukan satu alat seakan pistol ke arah mangsa.

Kerana ketakutan, mangsa dan anak-anaknya bertindak keluar dari kereta kemudiannya kenderaan itu dilarikan suspek.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");