Jenayah

Kes wanita mati: Lelaki berusia 52 tahun ditahan

KOTA BHARU: Seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang wanita yang dikelar kaki dan tangan di Batu Melintang, Jeli, Khamis lalu.

Lelaki yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan mangsa tersebut tinggal di kampung sama dan ditahan pada jam 7.30 malam, 31 Julai lalu.

Dia direman seminggu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Motif kejadian masih dalam siasatan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");