Perak Hari Ini

Kilang Perabot Musnah Terbakar

TAIPING:Sebuah kilang perabot hampir musnah dalam satu kejadian kebakaran dekat Lorong 6 Kampung Biyang di sini hari ini.

Menurut sumber Jurucakap Balai Bomba dan penyelamat kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 3.59 pagi tadi.

Menurut sumber lagi, kebakaran tersebut melibatkan sebuah kilang perabot kelas ‘B’.

“Dalam kilang tersebut terdapat juga bahan makanan dan bahan minuman,” kata sumber.

IMG-20150803-WA0001

Dipercayai kilang perabot tersebut terbakar hampir 70 peratus walaubagaimanapun tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

Kerja- kerja pemadaman tamat sekitar jam 4.19 pagi yang di ketuai oleh Ketua Operasi PKPgB Hasna Rashid.

Turut hadir membantu Pegawai kanan iaitu PgB Mohd Aswadi Sulong, PgB Muhamed Habib Mahamed Dali dan PPgB Muhammad Rashid Hamzah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");