Sukan Hari Ini

KL bakal rampas Sirkit 2 GP1M

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur, yang dibarisi ramai pemain elit negara selain tonggak juara Piala Emas Khir Johari, berkedudukan terbaik untuk merampas teraju pungutan mata Grand Prix Sepaktakraw 1Malaysia (GP1M) dalam Sirkit 2, mulai hari ini hingga Ahad ini.

Selain beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Titiwangsa, skuad ibu kota bakal dibakar keazaman dan dendam membara untuk menebus kehampaan dalam separuh akhir Sirkit 1 di Kangar, Perlis yang menyaksikan Pulau Pinang muncul juara pada 9 Ogos lalu.

Kuala Lumpur dan Kedah terikat 80 mata, mengekori Pulau Pinang dan naib juara Melaka yang memungut 200 dan 160 mata dalam kejohanan berpasukan itu, yang turut diwajibkan disertai regu belia bawah 20 tahun di antara dua regu senior.

Ibarat buku bertemu ruas jika pendahulu GP1M menentang tuan rumah dalam perlawanan akhir nanti memandangkan kedua-duanya memiliki Syahir Rosdi (tekong juara Siri Super Istaf) dan Zaim Razali selain Ahmad Aizat Mohd. Nor Azmi, Hanafiah Dolah dan Zamree Dahan.

Mereka akan turut disertai Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan, Johor, Angkatan Tentera, Selangor, Terengganu dan Perlis namun hanya lapan pasukan terbaik selepas kedua-dua sirkit GP1M akan ke pusingan akhir di gelanggang sama dari 29 September hingga 1 Oktober ini.

Hadiah untuk juara setiap sirkit GP1M anjuran Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) ini ialah RM5,000, naib juara RM3,000 dan RM1,500 untuk dua pasukan di tempat ketiga.

– http://www.utusan.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");