Berita Hari Ini

KPDNKK rancang bina universiti

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merancang menubuhkan universiti swasta yang mampu mewujudkan pusat kecemerlangan keusahawanan.

Menterinya, Datuk Hamzah Zainudin berkata, pembentukan universiti swasta itu menerusi sinergi padu agensi-agensi di bawah KPDNKK antaranya Akademi PNS, Maktab Koperasi Malaysia, Bank Rakyat, Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

“Universiti swasta ini menjadi pusat pembelajaran memfokuskan ilmu kepenggunaan dan perdagangan sekali gus mampu mewujudkan pusat kecemerlangan keusahawanan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Sebelum itu, Hamzah mengadakan lawatan rasmi ke Perbadanan Nasional Berhad (PNS) diiringi Timbalan Menteri KPDNKK, Senator Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Sri Alias Ahmad untuk beramah mesra bersama kakitangan agensi itu.

Dalam lawatan itu, Hamzah berkata, PNS perlu ke satu tahap yang lebih tinggi dan cemerlang menerusi pembaharuan-pembaharuan inisiatif sedia ada.

“Sebagai agensi kerajaan menerajui industri francais, PNS perlu menjadi platform membantu usahawan-usahawan untuk berdaya saing. PNS perlu mengenal pasti perniagaan berpotensi yang boleh di ketengahkan dan membawa masuk perniagaan dari luar negara yang berupaya untuk di pasarkan disamping dapat mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya.

Tambahnya, PNS tidak tertumpu kepada bidang francais sahaja tetapi melihat peluang di dalam industri yang berpotensi dan PNS dapat memainkan peranan dalam membantu kerajaan bagi mewujudkan keperluan industri terutama dalam industri pembinaan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");