Panasnya Hari Ini

Kuasa Rakyat- Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad terusan melontarkan kata-kata sindiran dan kritikan berhubung kepimpinan dan pentadbiran kini.

Beliau ketika berucap di Pasir Gudang turut memuji keberanian yang ditunjukkan oleh warga Johor.

“Tak kan orang Melayu takut sangat. Pada tahun 1946 mereka juga berkumpul di Johor Bahru, dan mula tubuh parti keramat.

“Bila kita pergi ke luar negara, kita ditanya dari mana kita datang,mereka kata kita nombor satu tapi bila sebut nama Malaysia, sekarang tidak lagi.

“Sekarang orang berkata apa yang terjadi kepada negara anda, dulu kita dipandang tinggi sekarang tidak lagi,” katanya.

Beliau turut menceritakan apabila beliau menjemput pemimpin negara ketiga pemimpin tersebut khuatir untuk hadir kerana berfikiran bahawa tidak mempunyai persamaan taraf namun jemputan itu diterima apabila Malaysia menjadi tuan rumah Komanwel pada tahun 1998.

Ujarnya lagi, rata-rata pemimpin yang hadir terkejut dan mengatakan bahawa Malaysia adalah negara yang maju.

“Orang dulu berpolitik bukan untuk diri sendiri tetapi untuk rakyat,saya pun ada sumbangan sedikit. Bukan saya seorang tapi tanpa parti, kerajaan, pemimpin bijak pun tak boleh bangunkan negara.

“Saya tak boleh ambil kredit saya yang bangunkan negara kerana ia kerjasama semua pihak,” katanya.

Tambahnya lagi, potensi Malaysia ini amat tinggi dan akan jadi negara maju ikut tempohnya tetapi syaratnya majukan negara ikut undang2 dan perlembagaan.

“Demokrasi bukan guna wang untuk beli sokongan. Bukan guna wang untuk angkut mereka dan yang diarah mengangkat sepanduk  i love so and so.

“Pemimpin ‘tidur’ lagi banyak sokongan dari pemimpin cash is king,” sindirnya.

Jelas Mahathir bagi membeli sokongan 30 juta orang dengan duit memerlukan duit yang banyak dan jika tidak mencukupi berkemungkinan perlu ‘memcuri’ hingga ada yang memperolehi sejuta dan dua juta.

“Orang tua ni biasanya nyanyuk sekarang saya cakap macam orang nyanyuk. Sebenarnya kita tahu sebab lalui sejarah negara kita.

“Saya rasa semua zaman. British, Jepun, Siam dan sebagainya,” katanya lagi.

Tambah Mahathir lagi, perbandingan perlu dilakukannya kerana beliau sendiri pernah  melalui sejarah dan menyedari keadaan hari ini tidak seperti dulu.

“Undang-undang negara berkata kalau dia lakukan jenayah siapa pun jawatan dia kena siasat oleh badan-badan tertentu tapi yang siasat disingkir dan disiasat.

“Dah tunggang terbalik kalau kita dipengaruhi oleh wang dan pangkat bangsa kita akan merana,” katanya.

Tambahnya lagi, kini kebanyakan daripada kita sudah hidup dalam ketakutan.

“Buat beberapa lama Johor adalah kubu kita. Tetapi apa dah jadi pada kubu, dapat jawatan habis bukak pintu kubu.. Ini orang Johor jugak buat. Saya sedih.

“Saya tengok gambar bukan main seronok bila jadi Timbalan Menteri. Jual negara, jual agama, jual bangsa sebab nak jadi Timbalan Menteri. Harap kan pagar jaga padi sekarang pagar makan padi.

“Sekarang yang bagi laporan polis , tidak ada tindakan polis atau AG tapi yang bagi laporan tu yang disiasat polis,” katanya.

IMG-20150829-WA0010

Mahathir berkata, demonstrasi besar-besaran telah bermula pada hari ini

“Hari ini atau esok akan ada demonstrasi besar-besaran seluruh dunia . Saya tak gemar dengan tunjuk perasaan, ada saluran lain untuk memperbaiki tapi saluran ini dah ditutup, polis tidak salah,orang yang di atas yang guna kuasa.

“Di Filipina, Presiden Marcos juga menekan rakyat guna kuasa. Pada suatu hari, selepas Marcos membunuh aquino rakyat keluar beramai-ramai dan tunjuk people power (kuasa rakyat),”katanya.

Tambahnya lagi, kuasa rakyat tidak perlu digunakan sekiranya undang-undang sedia ada tidak disalahgunakan.

“Kalau tak ada pencabulan kepada undang-undang. Kuasa rakyat tidak perlu digunakan. Dan tersingkirlah Marcos. Kita tak mahu perkara seperti itu.

“Kalau nak tangkap, tak apa lah tangkap lah saya, umur saya dah 9.0. Saya dah tak lama. Entah bulan pun tak tahu lagi,”ujarnya.

Beliau turut menyeru kepada semua wakil rakyat untuk kembali ke pangkal jalan.

“Saya ingin seru kepada wakil-wakil rakyat kembalikah ke pangkal jalan. Awak dah sesat. Itu bukan amanah rakyat kamu.

“Rakyat pilih kamu untuk rakyat bukan untuk orang itu orang ini, tapi sebab terima duit dari orang itu,”katanya.

Katanya, jika Malaysia ingin menjadi negara maju pada tahun 2020, ianya perlu dipimpin oleh pemimpin yang betul.

“Kita mahu jadi negara maju menjelang wawasan 2020 tapi ikut jalan yang betul dan pemimpin yang betul.

“Kononnya kalau UMNO tak ada , Melayu akan jadi bangsat, tapi sebenarnya kalau bangsat tu tak ada , Melayu tak bangsat la.

“Bukan UMNO yang salah, awak yang salah (mungkin merujuk kepada Najib),katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");