Membawang Hari Ini

Lebih molek berdiam diri

Sejak meraih populariti, sudah beberapa kali Zara Zya dikaitkan dengan gosip liar. Terbaru, pelakon ini sekali lagi diuji apabila didakwa mengabaikan bapa kandungnya.

Bahkan bapa Zara dikatakan mendedahkan perkara itu kepada pihak media.

Ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran kelab peminatnya, Zarazyaloverz di Shah Alam pada Sabtu lalu, pelakon drama Love You Mr Arrogant (LYMA) ini enggan mengulas isu berkenaan.

“Saya tidak mahu komen. Hari ini saya mahu menikmati suasana riang rumah terbuka.

“Dalam majlis ini orang boleh nampak keluarga saya ok. Mama pun datang beri sokongan. Isu itu biar kami selesaikan sendiri dan tidak perlu dipanjang-panjangkan.

“Sekiranya ada individu mengaku ayah saya dan menghubungi media untuk bercerita, biarlah. Saya, mama dan ahli keluarga lain selesa ambil pendekatan berdiam diri. Itu lebih molek daripada memanaskan lagi keadaan,” katanya.

Tegas Zara, dia menceburi bidang seni untuk mencari rezeki dan tidak mahu dikaitkan dengan perkara yang boleh menjejaskan periuk nasinya.

“Saya lebih suka bercerita hal kerja. Soal cinta, peribadi dan sebagainya tak perlu kongsi dengan masyarakat. Ini kerana saya saja yang bergelar selebriti, jadi anggota keluarga lain tak perlu diheret sama.

“Saya akui dapat sokongan penuh ayah, mama dan adik-beradik ketika masuk dalam bidang ini. Apabila jadi begini, susah untuk komen.

“Tak dinafikan ada masalah tetapi tidaklah seperti didakwa kononnya saya lupa diri dan sebagainya,” kata Zara.

Tak selesa jadi ‘kaunter pertanyaan’

Sebelum ini Zara pernah dikatakan bercinta dengan Azlee Khairi. Sehinggakan apabila Azlee menyepi, banyak pihak mencarinya untuk mengetahui perkhabaran terkini pelakon itu.

Katanya, dia berasa kurang selesa apabila menjadi ‘kaunter pertanyaan’ walhal antaranya dan Azlee tiada hubungan istimewa.

“Sebelum ini saya digosipkan bercinta dengan Fahrin Ahmad dan itu tak logik langsung. Ada pihak sengaja mengaitkan saya dengan beberapa artis termasuk Azlee.

“Mereka silap percaturan kerana saya bukan jenis gila kontroversi. Saya hanya mahu dikenali kerana kerja.

“Saya takkan cakap soal cinta kerana fokus saya adalah mengukuhkan kerjaya. Alhamdulillah rezeki saya tahun ini murah dan dapat meraikan peminat dengan mengadakan rumah terbuka. Ini tanda penghargaan saya buat mereka.

“Saya mahu menyenang­kan keluarga dan cari duit untuk beli rumah dan aset lain. Tak salah wanita kahwin lambat pada zaman ini,” katanya.

Mengulas lanjut kehilangan Azlee, Zara berkata dia tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku terhadap pelakon itu.

“Saya tak tahu perkembagan terkininya. Dia pelakon yang bagus dan agak hairan apabila tiba-tiba sepi tanpa berita.

“Orang ingat saya rapat dengannya padahal kami sudah lama tidak berhubung. Ada juga tang­gapan kami bercinta walhal hakikatnya tidak.

“Kami juga dikatakan pernah bergaduh dan saya pernah bercerita buruk mengenainya. Semua itu tidak pernah berlaku,” katanya.

Lakonan terbaru Zara dapat disaksikan menerusi telefilem Sut Merdeka yang akan ditayangkan di TV9 pada 31 Ogos ini.

Dia kini terikat dengan penggambaran drama Minah Gangster dan Tuan Anas Mikael.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");