Jenayah

Lelaki maut dihempap jentolak

RAUB: Seorang pemandu jentolak maut tersepit di bawah jentolak yang dipandunya dalam satu kejadian kemalangan yang berlaku di Hutan Simpan Krau, di sini sekitar jam 1.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa, Wong Ah Kew, 66, sedang melakukan kerjanya.

“Berdasarkan siasatan mendapati mangsa sedang memandu jentolak jenis Komatsu EM dalam kawasan pembalakan.

“Semasa mangsa sedang memandu jentolaknya mendaki bukit, secara tiba-tiba jentolak tersebut rosak,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan jentolak tersebut menggelongsor ke belakang dan terbalik.

“Sebaik jentolak terbabit terbalik, mangsa dikatakan tersepit di bawah jentolaknya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raub untuk dibedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

“Mangsa yang mempunyai lesen memandu jenis kelas I berasal dari Taman Raub Jaya 5, di sini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");