Panasnya Hari Ini

Lotus Malaysia Perkenal Lotus Elise, Exige S

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan pengenalan kereta edisi terhad Lotus Elise Great Britain yang baharu sahaja memasuki pasaran Malaysia, Lotus Car Malaysia turut menganjurkan sesi pameran bagi mempamerkan koleksi Exige S Automatic Roadster kepada orang ramai di Gardens Mall, di sini.

Penolong Pengurus Pengurusan Media, Ahmad Farizal Hajat berkata, kereta Exige S Automatik itu sudah berada di pasaran United Kingdom sejak Januari lalu dan kini boleh didapati juga di Malaysia.

ELISE GREAT ROLLING2

“Pada pameran yang akan berlangsung pada 5 hingga 9 Ogos ini, ada promosi istimewa buat pembeli kereta Lotus di ruang pameran tersebut.

“Antaranya ialah jaminan selama tiga tahun, dua tahun perkhidmatan percuma, berpeluang mengalami pemanduan di Lotus Driving Academy dan akan menjadi ahli dalam kelab Lotus Owners Club Members (LOCM),”katanya, menerusi satu kenyataan media.

Katanya lagi, cukai jalan dan insurans juga akan diberikan secara percuma, bergantung kepada terma dan syarat.

EXIGE S AUTO INTERIOR

Terdahulu, Lotus Malaysia telah memperkenalkan jenama baharu, Lotus Elise yang dilengkapi dengan pilihan standard beserta tambahan eksklusif bagi pasaran di Negara ini.

“Kereta ini didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Silver, Metallic White dan Metallic Yellow,”katanya.

Pameran tersebut berlangsung di Gardens Mall Kuala Lumpur yang menampilkan kereta jenis Evora S Sport Racer dan Elise 220 Cup

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");