Membawang Hari Ini

Magis dua wanita

TIADA yang lama, maka tiadalah yang baharu, itulah situasi yang menggambarkan perjalanan anak seni dalam industri hiburan masa kini.

Tatkala nama-nama besar lain terus mengembangkan empayar, bakat-bakat baharu juga tidak ketinggalan terus memasang impian untuk menyerlahkan kelebihan masing-masing menjadikan dunia hiburan kini semakin meriah.

Bagaimanapun, untuk mengekalkan nama sebagai anak seni yang berjaya bukanlah sesuatu yang mudah melainkan mereka benar-benar memiliki keunikan dan keistimewaan tersendiri.

Cantik dan berbakat, itu pakej lengkap yang dimiliki Elizabeth Tan, namun itu bukanlah jaminan buat dirinya untuk terus kekal dalam karier nyanyiannya.

“Melihatkan perjalanan karier, saya akui agak bertuah kerana penampilan saya dalam industri ini dapat diterima baik.

“Tidak sangka sekarang saya sudah berada sampai ke tahap ini dan saya memang tidak pernah terfikir.

“Saya anggap ini sebagai rezeki yang menyebelahi saya, namun pada masa yang sama masih banyak lagi perkara yang perlu saya perbaiki. Kalau boleh saya tidak mahu cepat naik dan cepat turun.

“Sebagai pendatang baru, setiap haru saya mahu menjadi seorang yang lebih baik dan sentiasa memikirkan strategi untuk memanjangkan karier saya dalam industri ini,” ujarnya.

Turut melalui perjalanan yang sama, penyanyi kecil molek, Didi Astillah akui perjalanannya masih panjang biarpun namanya bukan lagi asing dalam industri ini.

“Walaupun saya sudah terlibat dalam industri ini sejak kecil, tapi saya tidak pernah meletakkan diri pada tahap yang tinggi.

“Sehingga hari ini, saya masih memerlukan banyak perubahan memandangkan saya masih muda.

“Saya selalu bersyukur dengan apa yang saya perolehi hari ini dan selagi mampu, saya cuba perbaiki segala kelemahan.

“Dalam peringkat ini juga saya sedang mencari identiti tersendiri untuk cipta nama supaya mampu berdiri dengan nama sendiri,” katanya.


Elizabeth serik kontroversi?

Entah angin apa, namanya tiba-tiba dituju kontroversi. Lebih mengecewakan segala cerita kurang enak itu datang sekali gus.

Tidak hanya ditebak dengan perilaku tidak berdisiplin, nama penyanyi berusia 21 tahun ini juga turut dikatakan punca terputusnya hubungan cinta penyanyi, Adira bersama pasangannya, Shahrul Nasrun.

Tidak melatah dengan apa yang berlaku, Elizabeth dilihat tenang menghadapi liku kehidupan anak seni.

“Saya tidak pernah terfikir untuk takut dengan apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

“Saya tidak pernah mengelak, malah saya berhadapan dengan kontroversi tersebut.

“Saya sendiri baca komen-komen negatif yang dilemparkan pada saya kerana dari situlah saya belajar untuk perbaiki diri.

Enggan memanjangkan lagi beberapa cerita kurang enak mengenai dirinya, pelantun Knock Knock ini lebih fokus karier seninya sahaja.

“Saya juga manusia biasa, bila terbaca komen-komen negatif mesti ada sedikit perasaan marah sampai kadang-kadang saya membalas komen yang tidak sepatutnya.

“Memang pada awalnya, saya tidak begitu pandai kawal keadaan, tapi lama-lama saya banyak belajar.

“Saya tidak mahu memanjangkan isu dengan menjawab setiap komen negatif sebab ia tidak akan berakhir, lagi pun saya tidak boleh ubah pemikiran mereka,” jawabnya yang akui sedikit kecewa dengan apa yang berlaku.

Di sebalik kejayaan, pasti ada sokongan yang menjadi kekuatan seseorang terus mengejar impian.

Kejutan Elfians

Buat gadis tinggi lampai ini, sejak lebih kurang dua tahun berada dalam industri, sekumpulan peminat yang menggelarkan diri sebagai Elfians adalah kejutan yang terindah.

“Tempoh setahun lebih bukanlah masa yang lama, tapi saya tidak sangka perjalanan saya sudah sejauh ini.

“Lebih terharu, apabila wujudnya kelab peminat saya sendiri iaitu Elfians.

“Saya nampak kesungguhan mereka memberi sokongan penuh pada karier saya sehinggakan saya sendiri tidak faham mengapa mereka sanggup melakukan semua itu untuk saya,” katanya kini sibuk mempromosikan single duet bersama penyanyi dan komposer, Faizal Tahir Setia.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");