Panasnya Hari Ini

Mahathir Adalah Penipu – SAMM

Foto: Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Nasihat supaya pihak pembangkang bekerja keras bagi menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi perlu mengekalkan Barisan Nasional sebagai kerajaan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sebagai sebagai satu penipuan.

Kenyataan itu dilontarkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), memetik laporan oleh Free Malaysia Today hari ini.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor berkata, nasihat yang diberikan Mahathir adalah sekadar bertujuan untuk melindungi kroni, dan bukannya menyelamatkan Malaysia mahupun UMNO.

“Dr Mahathir adalah penipu, setiap kata-katanya adalah penipuan. Dr Mahathir hanya tidak menipu ketika berdiam diri.

“Itupun kita haru berhati-hati kerana pastinya Dr Mahathir yang berdiam itu sedang merancang untuk penipuan seterusnya,”katanya.

Katanya lagi, kenyataan yang dikeluarkan Mahathir menerusi blognya, chedet.cc itu bagaikan satu tamparan buat pembangkang yang menjadikan populariti Mahathir sebagai modal perlawanan.

“Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempelawa Mahathir bersama DAP untuk melawan Najib.

“Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyucikan dosa-dosa Mahathir apabila secara terbuka menyambut seruan menyingkirkan Najib.

“Sekarang apa kata pembangkang? Apakah parti pembangkang akhirnya akan akur kepada seruan Mahathir mengekalkan pentadbiran BN?”soalnya.

Tambahnya lagi, Najib merupakan individu yang dipilih oleh Mahathir sendiri bagi menggantikan Perdana Menteri terdahulu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Apakah kita rakyat Malaysia harus memberi ruang kepada Mahathir menentukan siapa yang berhak menjadi Perdana Menteri?”soalnya lagi.

Tegasnya lagi, NGO tersebut juga tidak bersetuju dengan idea bagi menurunkan Najib dan digantikan pula dengan seorang lagi pemimpin politik dari UMNO/BN.

Dalam kenyataan yang sama, SAMM menuntut agar diwujudkan Kerajaan Sementara yang merangkumi kesemua parti politik untuk menyelesaikan krisis yang berlaku.

Katanya lagi, ianya juga akan mempersiapkan Negara untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang bersih, adil dan telus dalam tempoh maksimum, 18 bulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");