Panasnya Hari Ini

Mahathir Mungkin Berhenti Tulis Isu Berkaitan 1MDB Di Blog

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan akan terus berhenti daripada terus menulis isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di blognya, chedet.cc.

Memetik laporan Mstar, Mahathir turut berkata bahawa mengutarakan isu berkaitan 1MDB dianggap satu jenayah dan mungkin beliau akan dipanggil oleh pihak berkuasa sekiranya beliau terus menulis berkenaan isu tersebut.

“Saya tak tahu…saya kena fikir tentangnya kerana ia sangat serius.

“Saya mungkin akan dipanggil oleh polis untuk beri keterangan… saya tak rasa mereka akan masukkan saya dalam penjara lagi, tapi ada kemungkinan akan ditanya kenapa saya berkata begitu (tentang 1MDB),”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam satu sidang media selepas melancarkan buku ‘Mahathir Bukan Kawan Saya’ di sini, hari ini.

Katanya lagi, sebagai rakyat Malaysia, beliau perlu akur kepada pendapat bahawa perbincangan tentang 1MDB adalah satu jenayah.

Terdahulu, Mahathir pernah berkata bahawa beliau akan terus menulis tentang 1MDB di blognya walaupun terdapat sekatan media, khususnya untuk melaporkan tentang isu 1MDB.

Mahathir turut mengulas tentang perbezaan kebebasan media sewaktu beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dengan zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelas beliau, pada zamannya media bebas untuk melaporkan tetapi terdapat media yang seolah-olah menyekat diri mereka sendiri daripada menulis secara bebas.

“Seolah-olah mereka tak nak menyakitkan hati pemimpin, ini tabiat media yang kita dapati di Malaysia.

“Media arus perdana selalu berhati-hati, berfikir apakah perintah suka atau tidak tulisan mereka,”ujarnya.

Katanya lagi, sama ada media itu menyokong kerajaan atau sebaliknya, pembaca boleh menilai  antara pemikiran pemberita dan rakyat terhadap kerajaan .

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");