Panasnya Hari Ini

Mahathir Sifatkan Demokrasi Negara Telah Mati

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menyifatkan demokrasi negara telah ‘mati’ apabila ianya telah seakan telah dipergunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Menerusi catatan di blog milik beliau yang bertajuk ‘Malaysia’ , Mahathir menyelar tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakanya telah menggunakan institusi awam bagi mengekalkan kuasanya sekaligus telah bertindak mematikan sistem demokrasi di negara ini.

Tambahnya lagi, kerajaan yang dipilih oleh rakyat kini telah tidak wujud lagi apabila Najib bertindak menggulingkan perkhidmatan awam dan menggunakannya bagi mengekalkan kuasa dan posisi.

“Tidak ada lagi demokrasi dan sudah tentu kebebasan bercakap mengenai 1MDB tidak lagi wujud. Jika tidak, akan disiasat oleh pihak polis, iaitu Najib,” katanya.

Katanya, tindakan memecat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Peguam Negara, Tan Sri Abd Gani Patail menjejaskan lagi demokrasi negara ini.

“Najib melantik ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai menteri dan timbalan menteri dan kelihatan tindakan untuk menganggu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).” katanya.

Beliau turut mengkritik bahawa tindakan yang dilakukan oleh Najib tidak pernah dilakukan oleh seorang yang bergelar Perdana Menteri.

“Prospek Najib terus memerintah negara ini adalah benar-benar menyedihkan. Peluang bagi parti pembangkang memenangi pilihan raya negeri juga tidak ada lagi.” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");