Perak Hari Ini

Masih Tiada Cadangan Bina Lapangan Terbang Di Seri Iskandar

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa setakat ini masih tiada sebarang pengumuman dan rancangan bagi membina sebuah lapangan terbang di satu lokasi terpilih di Seri Iskandar.

Ujarnya lagi, fokus utama kini adalah melalui pembentangan pelan pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun yang telah dikemukakannya.

“Ianya perlu dilakukan bersama supaya dapat diperjelas dan ditambah baik dari segi apa yang dirancang,” katanya.

“Saya telah menekankan kenyataan saya malah dalam buku rancangan yang dikemukan paling penting perlu dilihat pada dokumen tersebut,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau sendiri telah menegaskan mengenai perkara tersebut beberapa kali biarpun sememangnya ada cadangan daripada beberapa pihak tertentu mengenainya namun persoalan timbul samaada ianya adalah pendirian rasmi kerajaan.

“Sebelum ini kita pernah dengar cadangan nak jadikan tak boleh dilaksanakan dalam konteks kerajaan negeri setelah mengambil kira kekangannya.

“Dengan keluasan tanah yang terhad, namun paling penting apa perancangan yang termaktub dalam buku cadangan itu ada atau tidak? Kalau tiada ..tiadalah,” katanya dalam satu sidang media khas sejurus membentangkan pergulungan perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri di Ipoh hari ini.

Tambahnya lagi, paling utama kini perancangan yang dirancang dan dicadangkan perlulah  bersifat praktikal dan sebarang pengumuman tidak seharusnya dibuat sekiranya gagal untuk melaksanakannya.

Terdahulu beliau turut berpuas hati mengenai kerjasama yang diberikan dalam persidangan Dewan Undangan negeri yang berlangsung kali ini.

“Kesemua ahli Dewan telah berjaya menjalankan tanggugjawab masing-masing selama empat hari dalam suasana yang baik khususnya pihak pembangkang juga dilihat cukup tertib dalam berhujah.

“Berkat daripada pendekatan daripada kerajaan perkara yang telah diselesaikan ianya lebih tertumpu dan bukan hanya melontarkan pandangan ataupun cacian malah perkara yang tidak berfaedah.

“Saya telah berusaha ahli-ahli Dewan pada sidang kali ini memberi fokus kepada rancangan Malaysia ke-11 namun masih ada yang membincangkan perkara berkaitan masing-masing yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Tambahnya  keseluruhan perbahasan juga berjalan begitu baik kerjasama daripada kedua belah pihak malah pihak kerajaan sendiri telah melakukan kajian dengan baik dan idea dilontarkan  pihak pembangkang juga  boleh dipertimbangkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");