Jenayah

Maut rempuh belakang lori

DUNGUN: Seorang juru kimpal berusia 45 tahun maut apabila motosikal ditungganginya hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori dalam nahas jalan raya berhampiran lampu isyarat Gong Pasir di Kilometer 77 Jalan Kuala Terengganu menghala ke Kuantan, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian lebih kurang jam 6.20 petang itu, mangsa, Syed Mohamad Khaizul Sayed Igbal Hussin, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob berkata, ketika kejadian, mangsa yang tinggal di Taman Rakyat Jaya, menunggang motosikal jenis Modenas CT 100 secara bersendirian.

Menurutnya, ketika tiba di persimpangan lampu isyarat terbabit, pemandu lori berusia 59 tahun dipercayai memperlahankan kenderaan, bagaimanapun mangsa gagal mengawal motosikal ditungganginya lalu merempuh lori di hadapan.

“Lori terbabit datang dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan. Berdasarkan keterangan, pemandu lori dikatakan sedang memperlahankan kenderaan, tetapi terkejut apabila terdengar rempuhan kuat di bahagian belakang.

“Dia tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Apabila diperiksa, rupa-rupanya sebuah motosikal ditunggangi seorang lelaki merempuh bahagian belakang lorinya sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Menurut Ahmad Zailani, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tidak memakai topi keledar dan ketika kejadian, keadaan cuaca baik.

“Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");