Jenayah

Mayat lelaki ditemui dalam longkang

JOHOR BAHRU: Mayat seorang lelaki pembantu hostel di Singapura ditemui dalam longkang oleh seorang pemotong rumput di Jalan Pendidikan 7, Skudai, dekat sini kira-kira jam 11.20 pagi semalam.

Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, kali terakhir berjumpa anaknya sekitar jam 10 malam kelmarin ketika mangsa keluar bersama rakan ke sebuah restoran.

Menurutnya, dia terkejut selepas dihubungi pihak polis yang memaklumkan mengenai penemuan mayat anaknya di Skudai.

“Saya diberitahu ketika anak saya bersama rakannya dalam restoran itu, datang lima orang bergaduh dengannya sebelum membawanya ke tempat lain.

“Sehingga awal pagi, saya cuba mencari anak saya selepas tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi, namun tidak berhasil,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya, Deputi Superintendan Ismail Dollah mengesahkan tentang penemuan mayat itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa terlibat dengan pergaduhan di sebuah restoran di Kangkar Pulai sebelum ditemui mati di dalam longkang.

“Kita masih menjalankan siasatan terperinci di bawah Seksyen 306 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi 07-5113622 atau ke balai polis berhampiran,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");