Perak Hari Ini

MBI Johan Kategori Kawad Terbaik

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjaya memenangi johan untuk kategori Kawad Terbaik bagi Jabatan dan Agensi kerajaan dalam Pertandingan Perbarisan sempena Sambutan Kemerdekaan ke-58 2015 peringkat Negeri Perak hari ini.

Berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang turut diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Bagi kategori pancaragam sekolah, johan dimenangi oleh Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dan naik johan dimenangi oleh SMJK Nan Hwa Sitiawan.

Manakala bagi kategori Pejabat Daerah dan Tanah dimenangi oleh Daerah Kinta manakala naib johan dimenangi oleh Daerah Kuala Kangsar.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut menyampaikan ucapan dalam majlis berkenaan antara lain menasihati semua supaya terus mempertahankan keamanan yang dikecapi kini kerana ianya merupakan amanah dan tanggungjawab besar, bagi memastikan terus dapat dinikmati oleh anak cucu pada masa hadapan.

“Tema sehati sejiwa ungkapan yang membawa makna cukup besar dan menjadi penghubung kepada jalinan dikalangan rakyat pelbagai keturunan di negara Malaysia dicintai,” katanya.

PERAKTODAY9

Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Majlis penyampaian hadiah pertandingan sempena hari Kebangsaan ke-58 peringkat negeri Perak di Dewan Bandaran Ipoh hari ini.

Tambahnya lagi penganjuran program seperti perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan ke-58 peringkat negeri berjaya menghimpunkan semua lapisan masyarakat di negeri Perak.

“Ianya merupakan satu kejayaan memurnikan ikatan yang harmoni di antara sektor awam serta usaha dengan sektor swasta dan perniagaan.

“Usia kemerdekaan negara kita telah mencecah 58 tahun kemerdekaan yang kita kecapi bukan satu anugerah yang jatuh dari langit yang terhasil daripada perancangan dan startegi pemimpin masa lampau yang memiliki wawasan jauh bagi kejayaan anak warganya di masa hadapan.

PERAKTODAY8

“Kepintaran strategi kepimpinan ini telah berjaya menamatkan penjajahan selama lebih 400 tahun lamanya,” ucapnya lagi.

Tambahnya lagi semua pihak perlu memastikan bahawa perjuangan golongan terdahulu tidak sia-sia dan terus membentuk satu bangsa Malaysia yang berindentitikan kebangsaan dan berbangga menjadi anak Malaysia.

“Ketamadunan yang dibina di Malaysia ini sebenarnya menjadi model ikutan oleh negara lain oleh kerana berbeza kepercayaan dan keturunan kita mampu mengekalkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat,” katanya.

Ujarnya lagi, perkara yang menjadi simbol kepada kebangsaan adalah tiga iaitu perinsip Rukun Negara, Lagu Negaraku dan Bendera Jalur Gemilang.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");