Sukan Hari Ini

Messi dipilih sebagai pemain terbaik UEFA

PARIS: Bintang Barcelona, Lionel Messi dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Eropah UEFA 2014/2015 manakala pemain Jerman, Celia Sasic bagi kategori wanita.

Bintang Argentina itu yang memenangi Piala Liga Juara-Juara, Liga Sepanyol (La Liga) dan Piala Sepanyol mengenepikan pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan, Luis Suarez.

Ini adalah kali kedua Messi menerima anugerah itu. Kali pertama pada musim 2010-2011 manakala musim lalu ia dimenangi oleh Ronaldo.

“Saya gembira memenangi anugerah ini. Terima kasih kepada semua rakan sepasukan kerana mereka menjadi sebahagian daripada kejayaan ini.

‘Saya bergantung kepada kerjasama sepasukan seperti pemain lain,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Sementara itu, Sasic, 27, yang beraksi untuk FFC Frankfurt dipilih sebagai menerima anugerah itu mengatasi pemain Perancis, Amandine Henry dan rakan senegara dari Jerman, Dzsenifer Marozsan.

Sasic yang bersara bulan lalu adalah penjaring terbanyak Liga Juara-Juara yang menyaksikan pasukannya muncul juara selain Bundesliga.

Dia juga menerima anugerah Kasut Emas pada Piala Dunia Wanita di Kanada, baru-baru ini. – AFP.

– http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");