Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Tidak Sertai Bersih 4.0

KUALA LUMPUR :Penyebaran berita berhubung penyertaan dan persetujuan  Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perhimpunan Bersih 4.0 yang berlansung hari ini merupakan berita yang sekadar  berniat jahat dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Memetik sumber daripada satu kenyataan yang dimuatnaik melalui Facebook Muhyiddin sebentar tadi, Bekas Setiausaha Politik, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mohd Nardin Awang menafikan penyebaran berita berkenaan.

Jelas Mohd Nardin lagi, Muhyiddin kini berada di luar negara.

“Merujuk kepada berita yang tersebar di media sosial bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0, adalah dimaklumkan bahawa berita tersebut palsu, berniat jahat dan disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katannya.

Ujarnya lagi, Muhyiddin juga tidak pernah menyatakan persetujuannya untuk menyertai perhimpunan Bersih 4.0 dengan mana-mana bekas setiausaha politiknya.

“Tan Sri Muhyiddin tidak pernah menyatakan persetujuannya melalui mana-mana mantan Setiausaha Politik beliau untuk menyertai perhimpunan Bersih dan tiada sebarang komunikasi dibuat antara mana-mana mantan Setiausaha Politik beliau dengan pihak penganjur Bersih seperti yang didakwa.

“Sementelahan pula beliau berada di luar negara pada tarikh perhimpunan Bersih diadakan.Sekian, terima kasih,” katanya.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");