Panasnya Hari Ini

Nahas Payung Terjun, Dua Maut

ALOR SETAR: Dua ahli Kelab Sukan Udara Negeri Perlis maut setelah terlibat dalam satu kejadian nahas payung terjun berhampiran Gunung Jerai, di sini semalam.

Menurut sumber, pasukan penyelamat telah menerima panggilan daripada orang awam sekitar jam 12.53 tengah hari berkaitan kes tersebut.

“Setibanya anggota di tempat kejadian, pihak bomba mendapati terdapat dua orang mangsa dari Kelab Sukan Udara Negeri Perlis telah terlibat dalam nahas payung terjun.

“Kedua-dua mangsa telah tersangkut di atas pokok yang berada di tebing curam lebih kurang empat kilometer menuju ke puncak Gunung Jerai,”katanya.

IMG-20150810-WA0001

Menurut sumber itu lagi, kedua-dua mangsa kemudiannya berjaya diturunkan dari pokok berkenaan dengan bantuan orang awam dan disahkan telah meninggal dunia.

“Anggota penyelamat kemudiannya melakukan operasi bagi membawa turun mangsa dari tebing curam dengan menggunakan tali.

“Ketinggian tebing dianggarkan lebih kurang 50 meter,”ujarnya.

Operasi menyelamat itu telah diketuai oleh PgKB I, Nazri Zakaria.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");