Laporan Eksklusif

Najib ajak Puteri Umno terus meremajakan parti

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak sayap parti khususnya, pergerakan Puteri Umno untuk terus meremajakan parti dan berjuang bersama parti memartabatkan bangsa Melayu.

“Hari ini genaplah 14 tahun @Pu3UmnoMalaysia ditubuhkan. Teruskan usaha meremajakan Umno dan berjuang bersama memartabatkan bangsa Melayu,” kata Najib menerusi laman sosial Facebook dan Tweeter.

Puteri Umno dilancarkan pada 3 Ogos 2001 oleh Presiden Umno ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad dan ketua Puteri yang pertama ialah Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ketua Pergerakan Puteri Umno kini disandang Datuk Mas Ermiyati Samsudin.

Peranan Puteri Umno ditubuhkan bagi menarik lebih ramai golongan remaja wanita untuk menyertai parti selain bekerjasama dalam pelbagai aktiviti serta program kemasyarakatan di peringkat cawangan dan bahagian.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");