Panasnya Hari Ini

Najib Akui RM2.6 bilion Dalam Akaun Peribadi Miliknya – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan perihal perbualannya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengakui bahawa dana sebanyak RM2.6 bilion itu disumbangkan oleh penderma dari Timur Tengah.

Memetik laporan Freemalaysiatoday, beliau telah menceritakan berkenaan perbualan tersebut sebaik sahaja Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan kemasukkan dana berkenaan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri.

“Saya tanya duit itu masuk ke mana dan Najib menjawab duit itu masuk ke dalam akaun dia (Najib).

“Saya persoal, kenapa masuk dalam akaun kamu (Najib). Dia menjawab, duit itu masuk atas permintaan penderma dari Timur Tengah itu,” katanya.

Muhyiddin kemudiannya mengajukan pertanyaan kepada para perwakilan UMNO yang hadir sama ada percaya atau tidak dengan penjelasan yang dinyatakan oleh pemimpin nombor satu itu.

“Percaya tak? Percayalah… Takut Lembaga Disiplin panggil saya,” katanya dalam nada menyindir.

Muhyiddin yang menyampaikan ucapan pada mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh turut mengesa supaya wang yang dikatakan derma kepada akaun Najib itu dijawab dengan telus oleh pemimpin UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");