Panasnya Hari Ini

Najib Disaman, PKR Tuntut Keputusan PRU13 Dibatalkan

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari ini telah mengambil keputusan untuk menyaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah menggunakan dana melebihi had yang dibenarkan pada Pilihanraya Umum (PRU) ke- 13 yang lalu.

Saman itu difailkan di Mahkamah Kuala Lumpur oleh peguam, Tommy Thomas.

PKR turut menamakan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pengakuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri bahawa dana sebanyak RM2.6 billion untuk kegunaan pilihanraya ternyata telah melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya.

“Ternyata, RM2.6 billion yang digunakan ini melebihi 26 kali ganda had yang dibenarkan seperti digariskan oleh undang-undang Malaysia,” katanya memetik laporan Free Malaysia Today.

Izzah turut berkata, fakta-fakta tersebut telah mendedahkan pelbagai rasuah yang telah digunakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk meraih kenangan dalam PRU yang lalu.

“Tindakan Najib menggunakan RM2.6 billion untuk PRU13 ini juga telah melanggar Seksyen 19, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

“Perlu diingatkan akta itu menghadkan perbelanjaan pilihanraya kepada hanya RM200,000 dan RM100,000 untuk setiap calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri masing-masing,” tegasnya.

Dalam saman tersebut, PKR menuntut agar keputusan PRU lepas dibatalkan dan perlu diadakan pilihanraya umum yang baru.

“Jika Najib bersalah, ini jelas bukti transaksi korup berlaku dalam PRU13,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");