Panasnya Hari Ini

Najib Gembira Rombakan Kabinet Diterima Semua

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan kegembiraannya apabila rombakan kabinet yang dilaksanakannya pada Selasa lalu disambut baik bukan sahaja oleh pimpinan parti, malah seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, dengan rombakan Kabinet yang dibuat, kerajaan boleh memberi fokuskan kepada matlamat yang ingin dicapai dan mengangkat martabat Negara sebagai Negara maju dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kita perlu impikan yang terbaik untuk Negara ini…kita mesti tidak hilang hala tuju dalam memenuhi aspirasi rakyat.

“Kalau rakyat ambil berat mengenai isu peluang pekerjaan, isu kenaikan kos sara hidup, isu perumahan mampu milik, isu membabitkan agama, berjuanglah untuk mencapai semua yang rakyat mahu ini,”katanya, memetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pekan, di Pekan, hari ini.

Dalam ucapannya juga, Najib turut melahirkan ucapan terima kasih kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang menyatakan kesediaan untuk terus bersama dalam perjuangan UMNO walaupun tidak lagi berada dalam barisan Kabinet.

Terdahulu, Perdana Menteri telah melaksanakan rombakan Kabinet pada Selasa lalu yang telah menyaksikan pengguguran beberapa Menteri dan Timbalan Menteri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan digantikan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");