Panasnya Hari Ini

Najib Mohon Maaf Mewakili Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memohon maaf atas sebarang kesilapan yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan.

Memetik sumber daripada Therakyatpost, beliau mewakili para menteri memohon maaf jika berlaku sebarang kesilapan berhubung kementerian tersebut.

“Jika ada sebarang kesilapan dan kekasaran, saya dan (Menteri Kewangan Kedua) Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bersama yang lain ingin meminta maaf.

“Kami sebagai sebuah kementerian mempunyai tanggungjawab berat untuk menangani kelembapan ekonomi seluruh dunia yang memerlukan perhatian intensif,” katanya ketika menghadiri rumah terbuka Hari Raya Kementerian Kewangan, hari ini.

Jelasnya, kementerian Kewangan perlu bersiap sedia bagi mengatur strategi kewangan dan fiskal yang baik, supaya rakyat boleh mencapai aspirasi yang ingin disampaikan pihaknya.

“Kami perlu memahami aspirasi mereka dan saya percaya sebagai sebuah pasukan, kami boleh melakukan kerja kami dengan baik.

“Saya juga mahu mengalu-alukan kedatangan Datuk Johari (Abdul Ghani – Timbalan Menteri Kewangan) yang merupakan orang baru yang perlukan sedikit ragging,” katanya secara berseloroh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");