Perak Hari Ini

Nazri Aziz Sokong Tubuh Undang-Undang Urus Sumbangan Kepada Parti Politik

SUNGAI SIPUT: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyokong diwujudkan undang-undang khusus bagi menguruskan sumbangan kepada sesebuah badan parti politik di negara ini.

“Saya setuju penubuhan undang-undang tersebut untuk menepis tuduhan liar terhadap Perdana Menteri kerana setakat ini sememangnya tiada undang-undang menguruskan perihal sumbangan kepada parti politik.

Tambahnya lagi, dengan adanya satu undang-undang khusus melalui Jawatankuasa Konsultatif Nasional  atau ‘National Consultative Committee’ akan berperanan bagi menguruskan sumbangan diterima parti politik kerana terangnya lagi sumbangan kepada parti politik itu tidak menjadi satu kesalahan.

“Di Amerika Syarikat sesiapa yang ingin menyumbang kepada parti politik walaupun Satu Dollar mereka akan membuat cek dan akan direkod dan diberi resit sebagai bukti sumbangan politik kepada mana-mana individu.

“Malah kini dalam saat menghadapi piliharaya Presiden Amerika pada tahun hadapan kutipan sumbangan telah pun diadakan dan mereka sudah mengutip berjuta-juta. Dan ianya tidak salah kerana kesemuanya direkodkan dan diketahui umum,” katanya.

Tambahnya lagi, tiada kesalahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berikutan wang berjumlah RM2.6 bilion itu adalah sumbangan daripada negara rapat hubungannya dengan negara kita.

Ujarnya lagi,apabila akta tersebut telah ditubuhkan pastinya Perdana Menteri tidak berhadapan dengan krisis sebegini.

“Ada yang mendakwa wang itu masuk berkemungkinan ianya meyalahi ‘Anti-Money Laundering Act’ tetapi ia tidak melanggar akta tersebut kerana ianya diwujudkan bagi mengesan sumber daripada wang tersebut datang.

“Jika wang itu datang dalam jumlah yang besar dan kita tidak tahu daripada mana sumbernya maka ianya merupakan wang haram,” katanya.

Sebaliknya, jika pihak penerima mengetahui sumber wang berkenaan daripada luar negara yang mempunyai banyak wang serta biasa memberi sumbangan maka tidaklah ianya melayahi akta berkenaan.

“Siapa yang patut tahu? sepatutnya Bank Negara yang mengetahuinya dan pihak bank tidak boleh memberitahu kepada orang awam kerana ianya meyalahi syarat yang termaktub.

” Bank Negara tahu wang itu masuk, jadi dimana salah Perdana Menteri?, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan..orang kata duit masuk dalam akaun bank nama dia baguslah sebab dia bukan bawa masuk wang itu secara tunai kerana jika dia bawa secara tunai kita tidak mengesan daripada mana beliau memperolehinya,” katanya sejurus selepas merasmikan

Tambahnya jika terdapat keuntungan daripada sumbangan tersebut barulah ianya digelarkan rasuah dan setiap sumbangan itu tidak bermaksud rasuah selagi tiada bukti mengenainya.

“Dia dapat RM2.6 bilion tapi dia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada negara tersebut seperti projek besar dan sebagainya ..tiada ruang kepada keuntungan terhadap pemberi sumbangan itu.

“Datuk Najib tidak makan rasuah dia menerima sumbangan untuk mengendalikan projek yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat itu sahaja manakala saman yang telah dibuat pembangkang sama sekali tidak tepat,” tegasnya.

Beliau turut menyelar tindakan pihak pembangkang yang mendakwa ahli Parlimen berbelanja lebih daripada RM200 ribu waktu pilihanraya dan bertindak untuk menyaman Perdana Menteri atas alasan RM2.6 bilion tersebut melebihi jumlah sepatutnya dibelanja oleh 222 calon ahli parlimen Barisan Nasional.

“Setiap ahli Parlimen sejurus selepas pilihanraya kita perlu melampirkan penyata akaun dan perlu diigat kita tidak boleh berbelanja lebih RM200 ribu pada waktu kempen pilihanraya iaitu pada hari penamaan calon sehingga hari membuang undi sekitar 12 hari sahaja.

“Habis 12 hari ini saya ingin belanja RM10 bilion saya punya pasal dan tidak boleh berbelanja hanya pada waktu berkempen,” katanya.

Tindakan yang diambil oleh ahli pembangkang adalah tindakan yang sia-sia kerana jumlah RM2.6 bilio itu tidak digunakan sewaktu berkempen.

“Datuk Najib, saya tetap bersama dia, tiada rasuah..ya dia menerima duit itu tetapi tidak menyalahi undang-undang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");