Panasnya Hari Ini

“Orang Arab Memang Murah Hati, Tetapi Tak Sampai Tahap Itu”- Tun M

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menulis 47 kenyataan penting yang bertajuk ‘Malaysia’ mengimbas kembali kronologi isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bermula dengan laporan yang disiarkan oleh The Edge sehinggalah penerbitan itu ditutup dan seterusnya penyingkiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet serta senario Malaysia kini.

Dalam catatannya, beliau menyatakan tidak percaya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa sejumlah wang yang besar dimasukkan ke akaun peribadinya adalah wang yang disumbangkan oleh seseorang dari Timur Tengah.

“Siapa di dunia ini yang akan mendermakan AS$700 juta kepada perdana menteri Malaysia? Obama pun tidak dapat memperoleh jumlah itu ketika mengintai jawatan presiden.

“Orang Arab memang murah hati, tetapi tidak sampai ke tahap itu. Saya tidak boleh mendapatkan walaupun satu dolar daripada mereka untuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau untuk Pusat Islam Oxford,” catatnya lagi.

Tambahnya lagi, sumbangan yang diberikan itu adalah mengarut dan tidak masuk akal.

Ujar Mahathir lagi, tindakan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hanya mengakibatkan dunia mentertawakannya.

“Kalau diguna alasan, duit itu digunakan untuk parti sekali pun, pada saya mana-mana pihak yang menyimpan lebih RM2 bilion untuk parti pun akan dianggap bersalah.

“Demokrasi sudah mati. Ia mati kerana seorang pemimpin yang dipilih memilih untuk menggulingkan institusi Kerajaan dan menjadikannya alat bagi mengekalkan posisinya ,” katanya menerusi catatan di blognya chedet.cc.

Tambahnya semua pihak termasuk rakyat tidak mempercayai kenyataan berhubung sumbangan derma yang diterima Perdana Menteri.

“Sudah tentu saya tidak percaya dan begitu juga majoriti rakyat Malaysia jika kita melihat komen-komen di media sosial.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");