Panasnya Hari Ini

Pemimpin Baik Tak Ambil Wang Bukan Miliknya- Tun M

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakakan bahawa salah satu ciri yang baik bagi seorang pemimpin adalah tidak mengambil wang yang bukan miliknya.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, jelasnya lagi pemimpin juga memerlukan pemikiran yang memiliki idea yang bernas, mendengar pandangan dan menerima nasihat daripada rakyat.

Beliau berkata demikiam semasa sesi soal jawab ersama pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman semalam.

“What do you think, adakah pemimpin yang baik akan ambil wang RM42 bilion? katanya dengan sinis.

Katanya, pemimpin yang baik juga akan menggunakan peruntukan undang-undang untuk membangunkan negara bukan memanipulasinya demi mengekalkan kuasa.

“Saya tidak rasa pemimpin sedia pada hari ini layak dijadikan sebagai contoh untuk anda,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");