Panasnya Hari Ini

Pemimpin UMNO Dikelilingi Oleh Orang Bermuka-muka- Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kebanyakan Pemimpin UMNO pada masa ini semakin ramai dikelilingi oleh mereka yang lebih suka bermuka-muka dan tidak ikhlas.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday, beliau turut menjelaskan bahawa kelompok itu hanya memuji untuk mengekalkan jawatan.

“Saya nak cerita ada kawan kita dalam satu majlis itu, sebelum majlis mengata macam-macam kepada pemimpin.

“Namun apabila pemimpin itu bangun sahaja, beliau memuji dengan mengucapkan taniah.

Katanya pujian itu ‘untuk hidup’,” katanya dihadapan 600 orang perwakilan Bahagian UMNO Pagoh yang hadir dalam mesyuarat Bahagian Pagoh UMNO.

Ahli Parlimen Pagoh berkata tidak semua ahli dan pemimpin di dalam UMNO yang berani untuk menegur ketua mereka sekiranya ada membuat sesuatu kesalahan.

“Kebanyakan kita hanya dikelilingi dengan penyokong yang memberitahu ‘its ok sir things are so good’, ‘don’t worry sir’, ‘everything is ok sir’ dan ‘yes sir’,” katanya lagi.

Beliau turut menasihatkan kepimpinan supaya apabila bergelar seorang pemimpin jangan bertindak terlalu memandang kehadapan sahaja sehingga tidak menyedari sikap orang disekelilingnya.

“Jika tidak ubah, orang akan ubah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");