Jenayah

Pemuda cedera kereta terbakar

Johor Bahru: Seorang pemuda berusia 22 tahun nyaris maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dan terbakar di Kilometer 40.7, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, pagi ini.

Sumber bomba dan penyelamat berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat pada 8.04 pagi.

“Enam anggota bersama seorang pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan awal kebakaran membabitkan kereta.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati sebuah kereta terbakar keseluruhannya,” katanya.

Menurutnya, seorang lelaki mengalami kecederaan selepas terbabit kemalangan.

“Mangsa yang beralamat di Taman Mawar, Muar mengalami keceraan, manakala kereta dinaiki terbakar 90 peratus,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");