Membawang Hari Ini

Pengarah filem seram, Wes Crave meninggal pada usia 76

LOS ANGELES: Penulis dan pengarah terkenal filem seram, A Nightmare on Elm Street dan Scream, Wes Crave, meninggal dunia pada usia 76 tahun di kediamannya akibat barah otak.

Pengumuman kematian pengarah berbakat itu dibuat ketika anugerah MTV Video Muzik berlangsung dan diselangi dengan segmen penghargaan sumbangan Crave terhadap industri filem Amerika.

Kehilangan Crave begitu dirasai kerana beliau adalah salah seorang penggiat filem berbakat dan karyanya sering diangkat sebagai filem pecah panggung.

Filem Scream karya beliau turut mencipta revolusi dan mendapat pujian ramai.

Beliau menghasilkan lima siri filem Nightmare on Elm Street films yang ditayangkan antara tahun 1984-89 dan garapan karyanya itu ternyata berjaya dengan memenangi banyak anugerah besar layar perak.

Crave dilahirkan pada 2 Ogos 1939 di Cleveland, Ohio meninggalkan seorang isteri, tiga anak dan tiga orang cucu.

Beliau juga diingati kerana memperkenalkan pelakon Johny Depp untuk filem A Nightmare on Elm Street yang pada masa itu masih berstatus pelakon baru.

Selain itu beliau turut menerima kredit dengan memberi Sharon (Blessing Deadly, 1981) dan Bruce Willis (episod Zon Twilight) watak pertama yang disandang mereka. – Agensi

– http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");