Panasnya Hari Ini

Pengarah Operasi Khas SPRM Dipindahkan

KUALA LUMPUR: Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin telah dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Berikutan dengan perpindahan ini, beliau tidak lagi akan terlibat daripada mengendalikan mengendalikan isu yang berkaitan sumbangan RM2.6 billion yang didermakan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik laporan MalaysiaKini, beliau enggan mengulas berhubung keputusan perpindahan tersebut.

“Saya tak hendak komen banyak, nanti entah (dipindahkan) kemana pula saya,”katanya.

Perpindahan tersebut pastinya bakal mengundang pelbagai persepsi dan anggapan rakyat berikutan beliau antara yang lantang dan berani mengeluarkan kenyataan-kenyataan tidak senang dikaitkan dengan tindakan pihak Polis.

Terdahulu, Bahri pada Rabu lalu telah mengangkat sumpah untuk mencari pihak yang telah mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya yang sedang menyiasat isu hangat di Negara ini.

Bahri juga memberi peringatan kepada ‘pihak’ tersebut bahawa mereka tidak hanya mempunyai sedikit kuasa.

“Kamu ada kuasa sedikit sahaja, tapi saya ada Allah,”ujarnya.

Bahri turut tampil mengulas berhubung siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Polis bertindak menyiasat berhubung dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan dengan kes wang sumbangan derma sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Biarpun tidak berbicara walau sepatah pun Bahri kelihatan tenang sewaktu meninggalkan ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Beliau kelihatan berjalan pantas memasuki sebuah Proton Inspira berwarna merah tanpa bercakap dengan orang yang berada berhampirannya.

Apabila memasuki kenderaan beliau kelihatan membuka cermin tingkap dan melambaikan tangan sambil tersenyum kepada kakitangannya di kawasan tersebut.

Sejurus itu, Kereta Inspira berwarna merah itu bergerak menuju keluar daripada kawasan D6 Parcel D Putrajaya itu petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");