Sukan Hari Ini

Pentas bentuk pelapis Merah Kuning

BERMULA 5 September ini, sebanyak 32 pasukan dari sembilan daerah Selangor akan memulakan pertarungan merebut kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari yang bakal berakhir pada awal Oktober nanti.

Kejohanan tersebut, yang turut menawarkan Piala Sumbangsih untuk direbut merupakan pentas bagi mencungkil bakat baharu dalam kalangan remaja Selangor dari seluruh negeri.

Pengerusi kejohanan, Datuk Emran Kadir berkata, pihaknya komited untuk mencari bakat baharu dalam kalangan pelajar sekolah menengah bagi diketengahkan ke peringkat tertinggi.

“Matlamat utama kejohanan adalah mengenal pasti dan mencungkil bakat remaja bola sepak untuk di serap sebagai pelapis pasukan Selangor.

“Justeru itu, atas nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, jawatankuasa pengelola berusaha keras memperluas kejohanan kali ini ke seluruh daerah negeri Selangor.

“Malah, kita juga mahu ‘membekal’ pemain ini kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) serta skuad negara,” katanya selepas menyampaikan amanat Sultan Selangor semasa sidang media di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, semalam.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor dan Pengarah Kumpulan Perangsang, Mustafa Kamil Ayub.

Pada majlis sama, Kumpulan Perangsang Selangor selaku penaja utama kejohanan menyampaikan cek sumbangan bernilai RM250,000 manakala Sinar Harian tampil sebagai akhbar rasmi sepanjang pertandingan.

Aksi sepak mula akan bermula Sabtu depan melibatkan pertemuan juara bertahan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle Petaling Jaya menentang tuan rumah, SMK Seksyen 9.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");