Panasnya Hari Ini

Penyiasatan Terhadap 1MDB Tetap Diteruskan-KJ

KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetap akan diteruskan meskipun pasukan khas siasatan itu tidak lagi berfungsi seperti sebelumnya.

Memetik sumber Therakyatpost, penegasan itu dilontarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berikutan pengumuman yang dibuat oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa tiada lagi keperluan menyiasat 1MDB bersama pasukan khas yang sebelum ini.

“Kenyataan itu hanya menyatakan bahawa pasukan petugas khas itu tidak lagi diperlukan, tidak dikatakan siasatan itu dihentikan.

“Yang penting adalah siasatan itu diteruskan melalui agensi-agensi yang bertanggungjawab. Jadi kalau ada kaitan dengan rasuah, di bawah SPRM, kalau ada kaitan dengan penggubahan wang di bawah Pejabat Peguam Negara, kalau ada kaitan dengan jenayah komersil di bawah polis,” katanya di dalam sidang media selepas selesai merasmikan majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan Gamuda Berhad.

Beliau yang juga selaku Ketua Pemuda UMNO menegaskan bahawa fokus paling utama kini adalah bagi meyakinkan rakyat bahawa siasatan itu tetap akan berjalan.

Bagaimanapun beliau menolak untuk memberikan pandangannya berkenaan situasi terkini berhubung siasatan 1MDB memandangkan ianya masih lagi disiasat pihak berkaitan.

“Apabila peguam negara dah keluarkan kenyataan, tidak bolehlah kita menyanggah kenyataan tersebut sebab kita tidak boleh masuk campur dalam institusi ini.

“Tetapi apa yang penting adalah kenyataan itu mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan siasatan termasuk dengan kenyataan SPRM sebelum ini yang mengatakan mereka masih lagi meneruskan siasatan.

“Masih lagi tidak habis sepenuhnya, jadi terlalu awal untuk kita buat rumusan secara keseluruhan. Baru saja keluarkan kenyataan berkenaan derma, tetapi masih ada lagi aspek-aspek lain yang perlu disiasat,” ujarnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");